We offer the best engineering solutions for all your needs.
3 February 2026 – Solat Hajat secara berjemaah telah dilakukan bagi memohon dipermudahkan serta dilancarkan segala urusan dunia dan akhirat. Allah SWT juga menyeru kita agar sentiasa berdoa kepada-Nya melalui firman-Nya: al-Ghafir:60 – وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”
Bersempena bulan Sya’ban juga kita digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah bagi persiapan bulan Ramadan. Terdapat hadis Nabi SAW bersabda:
قَالَ : “ذلِكَ شَهْرٌ يَغفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ ، وَهُوَ شَهْرٌ تُرفَعُ فِيْهِ الأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ العَالَمِيْنَ ، فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عمَلِيْ وأَنَا صَائِمٌ”.
Maksudnya: “Itu adalah bulan yang mana manusia sering lalai akannya iaitu bulan yang berada di antara Rejab dan Ramadhan. Bulan tersebut adalah bulan bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Rabb al-‘Alamin (Allah SWT), maka aku suka ketika amalanku diangkat dalam keadaan aku sedang berpuasa”. (Riwayat al-Nasa’ie, Kitab Puasa, Bab Puasa Nabi SAW, no. Hadith 2317)
We’ve been working hard to make your travels smoother—check out the latest construction projects and traffic changes on our highways.